Terima kasih kepada En. Zamhuri bin Ahmad, Pengerusi KKGLMSM Cawangan Perak atas kesudian menerima jemputan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk hadir dan memeriahkan majlis tersebut.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada KKGLMSM Cawangan Perak kerana telah menaja Anugerah Ikon Guru Muda Daerah Bagan Datuk Tahun 2018 yang telah dinobatkan kepada En. Ismail bin Daud, Guru Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun.