Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016 telah diumumkan secara rasmi pada hari Khamis 17 November 2016 Secara keseluruhannya, seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki peperiksaan itu pada bulan September yang lalu Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh membandingkan analisis UPSR 2016 dengan tahun lalu kerana ini merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak diperkenalkan pada 2011.
Perak
Seramai 363 calon mendapat keputusan cemerlang semua Gred A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 di negeri Perak
Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.05 peratus daripada 34,713 calon yang menduduki peperiksaan tersebut September lalu
Jumlah tersebut turut menyaksikan pecahan seramai 240 calon dari bandar dan 123 luar bandar yang memperoleh semua A
Daripada jumlah tersebut gred purata bagi keputusan UPSR di Perak meningkat sebanyak 2.97 peratus
Dalam pada itu, seramai 23,186 calon yang menguasai ABCD atau 67.26 peratus manakala 1,010 calon memperoleh semua E iaitu 2.93 peratus
KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT
KLIK DI SINI UNTUK BERITA LANJUT